KLIK SINI!!!

Monday, February 28, 2011

MEMBELI SAMBIL BERAMAL - ADIK HAIRUMAN MISKON

 
ENTRY kali ni...bukan la tentang kad @ bookmark ye...tapi hanya ingin umumkan...setiap hasil jualan kad @ boomark dari ZUNETA CARD CRAFT...akan disedekahkan sebahagian kepada MUHAMAD HAIRUMAN BIN MISKON...atau lebih dikenali sebagai hairuman..beliau telah ditimpa kemalangan akibat renjatan elektrik..sehingga 50% hampir melecur...& amat memerlukan bantuan kewangan untuk memulihkan beliau...adik hairuman ni..anak yatim piatu sejak umur 5 tahun lagi...anak ke 4 daripada 6 adik beradik, manakala dua kakaknya OKU... sesiapa nak tau lebih lanjut KLIK  & KLIK


Sebenarnya, terdetik hati zu hari ni nak buat macam ni..."membeli sambil beramal", sebab semalam tengok bersamamu...rasa hiba sangat la...zu rasa cara ni je zu mampu tolong...sbb zu pun masih mencari kerja..jadi zu bertekad...tuk sesiapa yang order akan datang, zu akan sedekahkan separuh jumlah tu tuk adik hairuman...& zu akan kumpulkan sampai hujung bulan depan....lau pun xseberapa je apa yang zu nak bagi ni..tapi sekurang2nya dapat ringankan beban.. kepada sesiapa yang derma terus ke  acc beliau..sila rujuk bawah ni...

(kakak)018-3807867 – Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 1620 30632 448 (Maybank)

A/C : 1257-0000203-529 (CIMB)

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,

Seksyen 2. Taman Desa Mawar,

45500 Tanjong Karang, Selangor.




*zu dah SMS sis maryuni...& dia setuju pe zu wat..msg dia berbunyi macam ni " t.kasih atas keperihatinan zu semoga ALLAH memberi rahmat ke atas kita semua" dan dia juga sahkan..no acc atas ni betul ye...rasa mcam nak bagi kad je...tapi tema apa yg sesuai??? fikir2...



MUNGKIR JANJI LAGIIIIIIIIIIIIIIII

Faham x...??? janji tu wajib di tunaikan....lau awk xfaham2 lagi...meh sini..zu copy & paste je...
dah xlarat nak nasihati awk lagi tau...naik beku otak zu ni....

Bencana Lidah ketiga belas: Janji bohong 

Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.

Allah telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)


Sabda Rasulullah s.a.w. pula:

Janji itu adalah pemberian.” 

Allah s.w.t, telah memberikan setinggi pujian ke atas Nabi Ismail a.s. di dalam kitabNya yang mulia dengan firmanNya:
“Sesungguhnya ia (Ismail) adalah benar janjinya.” (Maryam: 54)

Apabila Saiyidina Abdullah bin Umar telah hampir menemui ajalnya, beliau berkata: Sebenarnya dulu ada seorang Quraisy telah meminang puteriku, dan aku telah mengikat suatu perjanjian untuk menikahkan puteriku itu kepadanya. Demi Allah aku tidak gemar menemui Tuhan, sedang sepertiga dari sifat nifaq itu ikut bersama-samaku. Oleh itu saksikanlah, bahwasanya aku telah menikahkan si Fulan itu dengan puteriku.

Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya: Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi Nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata: “Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu.

Ibnu Mas’ud r.a. pula bila berjanji, niscaya ia akan berkata: Insya Allah. Cara beginilah yang lebih baik.

Sesudah berkata Insya Allah, jika ia memang faham bahwa menepati janji itu adalah wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali jika dihalangi oleh keuzuran. Akan tetapi jika ketika membuat janji itu, hatinya telah bertekad untuk memungkirinya, maka itulah yang dinamakan sifat nifaq.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; Bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri, dan bila menerima amanat ia khianat.” 

Sabdanya yang lain:

“Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga ia menjauhinya lagi: Jika berbicara ia dusta, jika berjanji ia mungkiri, jika membuat pengakuan ia belot dan jika menuntut ia curang.” 

Sifat-sifat ini hampir-hampir tertimpa ke atas orang yang ketika berjanji, ia siang-siang telah berazam untuk menyalahi janjinya, ataupun yang memungkiri janji tanpa apa-apa keuzuran.

Adapun orang yang berazam untuk menepati janji, tiba-tiba tanpa disangka-sangka pula timbul suatu keuzuran yang menghalangnya dari memenuhi janjinya, maka orng itu tiadalah terkira seorang munafik, meskipun pada lahirnya sifat kemunafikan itu berlaku atas dirinya. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya, hendaklah ia cuba menghindarkan diri dari terkena sifat kemunafikan itu, sebagaimana ia menjauhkan dirinya dari hakikat kemunafikan juga, iaitu dengan mencari jalan supaya keuzuran tidak akan berlaku, bila ia membuat sesuatu perjanjian, tanpa ada sebab yang benar-benar dharurat.

Pernah diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. menjanjijkan seorang khadam kepada Abul Haitsam kemudian pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah dibawakan kepadanya tiga orang tawanan (hamba sahaya). Dua daripadanya telah diberikan kepada orang lain, tinggal seorang lagi pada baginda s.a.w. Maka datanglah puteri baginda Fatimah radiallahu-anha meminta supaya khadam itu diberikan kepadanya, seraya berkata: Cubalah ayahanda lihat tangan saya ini, semuanya berbekas-bekas kerana selalu menggiling. Tetapi Rasulullah s.a.w. masih ingat dengan janjnya kepada Abul Haitsam seraya berkata kepada Fatimah: Bagaimana dengan janji saya kepada Abul Haitsam?! Rasulullah s.a.w. telah mengutamakan Abul Haitsam dari Fatimah, puterinya sendiri, dikeranakan janji telah diikat dengan Abul Haitsam, padahal baginda mengetahui bahwa Fatimah menggiling makanan dengan tangannya yang lemah itu.

Sekali peristiwa, Rasulullah s.a.w. sedang duduk membahagikan-bahagikan rampasan-rampasan kaum Huwazin sesudah peperangan Hunain, tiba-tiba berdiri seorang di hadapannya seraya berkata: Tuan hamba pernah menjanjikan saya sesuatu, wahai Rasulullah! Baginda lalu menjawab: Benar katamu. Tuntutlah apa yang engkau ingini! Orang itu berkata: Saya menuntut delapan puluh ekor unta, beserta pengembalanya sekaligus. Maka baginda pun bersabda; Baiklah, semua itu kuberikan kepadamu. Kemudian baginda menyambung lagi. Tuntutan itu ringan saja.

credit petikan dari http://abah4atuk.blogspot.com

* puas hati skrg....hangin niiiii....



Thursday, February 17, 2011

ANGPOW untuk sume blogger

Sape nak join..klik banner....jgn tunggu2 lagi...hehehehe
DUE 15/03/2011

Giveaway by:



Wednesday, February 16, 2011

KEMALANGAN la pulak...

Disebabkan hari ni nak kena hantar parcel seorang customer dari ZUNETA CARD CRAFT...adik la yg bawak moto...leh plak tergolek tepi jalan...habis lutut, tapak tangan ku...terkoyak lak seluar jeans...adik lak...kaki dia la luka...siku...moto baru tu pun calar habis...habisla lau ayah tau mlm nanti..baru sesangat beli moto lagenda tu....kemalangan ni jadi pun..sbb nak berteduh kat gerai tepi jln...rasa adik zu bawak laju masa nak ambik jalan ketepi...jln lak xrata...jadi...pe lagi...kami lak jadi lauk kat gerai tu...tapi syukur xda patah pe2...luka @ calar2 je...pe la nasib moto tu...baru je beli...dah calar...



Saturday, February 12, 2011

PERTUNANGAN ALLY ISKANDAR & AISHAH ZAINAL

gambar pertunangan ally iskandar aishah zainal
Merahnnnya...ni la gambar majlis pertunangan ALLY ISKANDAR & AISHAH ZAINAL...naib juara gadis melayu..tahun lepas...tapi pelik lak..nape jap pakai tudung, jap tak ni??? pe2 pun..semoga bahagia...akhrinya bertemu jodoh jugak abang ally ni ye??? ok la kan?? lepas ni leh lawan ngan FBI la...kejar sapa ramai anak...

CREDIT PIC FROM: BEAUTIFULNARA



Mengantuk dah…

 

Hehehe…yang ni pun zu nak wat entry kan?? suka hati la…blog zu kan?? dua lagi blog zu, xleh nak tulis sesuka hati…nanti customer lari plak…risau plak..jadi blog zu yang ke3 ni la jadi tempat nak tulis apa2 ja yang zu suka…nama pun zuneta love corner kan???? jadi ini zuneta yang punya…ahmad albab yang punya…ok la…mau tido udah ni bah..ngantuk suda…mata ku ni berat ja ni..jam mau dekat 2pagi sudah….order card dari customer mu..bila mau buat bah??? huhuhu…esok2 zu buat…ok..bye..MR BLOG, MR NUFF, MR CHURP, & juga kpada zu kat header tu ye?? duk diam2 kat header tu…penat je KAK YONG wat header…cantik…suka2..

bebel: sebenarnya entry ni saje je nak try guna windows live writer…menjadi ke tak ye?? ala..budak baru nak belajar…hehe..

REZEKI LAGI...ALHAMDULILLAH...

Lau pun zu still mencari keje lagi..leh dikatakan lama juga la duk umah ni..bila dapat keje,,tiba2 lak pejabat berpindah makin jauh...jadi terpaksa berhenti & tanam anggur lagi...tapi dari duk saja kan...zu kan ada blog yg jual mcm2 barang...leh la tgk kat sidebar sebelah kanan zu ni..nak cerita tentang rezeki ni...syukur sangat, lepas zu wat GIVEAWAY hujung tahun lepas kat ZUNETA CARD CRAFT...makin byk orang order kad & bookmark..mmg sampai xmenang tangan, sampai kena pinjam tangan adik2 la...ni baru je dapat order lagi...dari bulan lepas sampai bulan ni...tiap2 minggu ada je tempahan...kiranya..bertambah jgk duit lam CIMB bucuk ku tu...syukur sangat...

bebel jap: Blog ni, xla ramai follower sangat..sebab zu malas nak blogwalking guna link blog ni..jadi xramai yang tau la...malu la...nak tunjuk blog yang serabut lagi serabai ni kat orang...tapi pada yang dah follower...mekasih ye...kepada mat salleh yang duk baca enrty zu ni...paham ke?? haha...zu banyak guna singkatan la...susah juga lau korang nak translate...terutamanya WARGA RUSSIAN...sorry ya..baca la yang kome rasa faham eik?? 50% visitor dari sana...sayang juga kamu...lau tulis omputih, xberapa nak lancar..hehe...BM lebih dekat dihati...bila nak luah sesuatu kat sini...!! Lastly..for PETRA from netherland...i really love your card, superb!! awesome!!...you are my idol right now..hugs:)) thanks for your feedback about the pocket card...i'm really excited when i got your email..i'm still trying to make it...


Thursday, February 10, 2011

PIZZA HUT LAGI...bila nak g makan ni???

Pizza hut ada menu baru...dah try ke yg tahun baru cina punya tu..ala..zu belum lagi...ni yang ni...
ada offer lagi tu...klik gambar atas tuk tau lebih lanjut...ada sape nak belanja??? yooohuuu..ada org x??


DAPATKAN HANDPHONE BARU..SAPE NAK??

Ini adalah jualan terbesar...dari XPAX...ok,, sape nak handset baru??? ada diskaun lagi ni...dan anda dapat 300 free talktime...pe lagi...klik banner tuk tau lebih lanjut..jangan terlepas peluang....jom tgk... {KLIK}


KECIL HATI...

Memang zu terasa kecil hati dengan seseorang yang zu sayang..xyah la gtau sapa ye..lau dia terbaca nanti...biar dia tau...tapi dia xda blog pun..hahaha...kecil hati sebab diri zu rasa macam zu ni xpenting dalam hdup dia...lau ada 100 orang dalam hidup dia...zu orang yang ke 99 kut yang dia akan layan...akan jaga hati zu...hahaha...anda dapat agak eik sape org nya ni??? xberkesudahan betul la...hubungan cam ni...huhuhu...dah jemu..kadang2 dah tawar hati...tapi sayang jugak...pening2...tunggu je la...pe nak jadi lepas ni...tapi zu xmengharap pe2 dah kat hubungan ni...nak tido dah...sudah lewat...nak bawa hati yang kecil ni ke alam mimpi...kut2 jumpa putera idaman...berangan je tau zu ni....ok..bye...jumpa esok...ngan GA@ contest baru..

Wednesday, February 9, 2011

NATURACTOR FOUNDATION..

Sejak zu terjumpa produk ni..teringin lak nak beli...zu jumpa pun kat salah satu blog make up...mak andam kut, xingat lak pe blog dia...dia guna ni...tapi bila google...produk ni original dari JAPAN...tapi ada jgk dari CHINA...yang pening sekarang...mana satu yang original ye?? harga plak...bila zu google...paling tinggi zu jumpa RM60 LEBIH...paling murah...RM40...dan baru tadi terjumpa yang paling murah RM25...ishhhh...original ke tak ni?? dah murah sangat..jadi was-was plak nak order kan??? tapi bila zu kodek2 lagi dekat kawan2...alahai...ketinggalan dah rupanya zu ni...diorang dah pakai lama dah produk ni...& memang hasilnya menakjubkan...tapi original ke??? macam mana nak beza ori atau tiruan...hahaha...nak jugak satu...yang original??? ada x?? bak satu...

Naturactor merupakan keluaran Meiko, daripada Jepun - bedak yang berasaskan tumbuhan organik. Ia mengandungi ekstrak bunga sakura. Bunga sakura merupakan bunga yang boleh memberi kebaikan kepada kulit kita. Antaranya adalah :
  1. Membantu kulit menjadi lebih lembut
  2. Membantu menghidratkan kulit
  3. Mengurangkan masalah kulit ( Sesuai unttuk kulit berjerawat)

KELEBIHAN NATURACTOR???

- Anti kilauan/tidak berminyak-100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
- Tahan sehingga 12 jam
- Tidak menutup pori-pori
- Digunakan oleh makeup artis professional
 & mak andam
-Kulit terasa ringan, tidak melekit & kelihatan gebu!
-Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan,photoshoot dll

petikan dari : REDARIES


Monday, February 7, 2011

OPS PIRAMID -MESIR



Syukur alhamdulillah...bila tengok siaran langsung TV3 pagi tadi...bila PM dan anggota kabinet lain menyambut ketibaan rakyat MALAYSIA dari MESIR dikenali sebagai OPS PIRAMID...dimana mereka terlebih dahulu dipindahkan ke JEDDAH untuk memudahkan urusan permindahan...masa tengok LIVE tadi..ada ibu bapa yang bawa baby...alahai..ciannya...di sebabkan kucar kacir di MESIR...memang patut kerajaan MALAYSIA bertindak segera...ni adalah ketibaan yang pertama dari JEDDAH menggunakan MAS...seramai 778orang selamat tiba...kita tunggu penerbangan seterusnya akan tiba...nak baca lebih lanjut...{KLIK}


GA pertama pondokkecilku


Meh join GA ni pula...hadiah sangat...sangat..sangat...sangat menarik bagi zu...kenapa banyak "sangat"...sbb ada hadiah menarik...nak tau apa?? klik banner..

Due 2/03/2011

Giveaway by:

First Wedding Anniversary *GIVE AWAY*

Oleh kerana kali ni terlebih rajin nak join GA...jadi GA dari sis QIS menjadi pilihan....
SAPA NAK JOIN {KLIK}

PART ONE ( ZAMAN AIS KETUL)

DIMULAKAN SEBUAH CERITA DAHULU KALA...

SIS QIS & MR HUBBY YG ENCEM LAGI BUCUK...

Kanda : Dinda...alangkah indahnya cuaca di sini, teringat pulak kanda tentang hubungan kita yang hampir setahun berlalu..
Dinda: ya ka kanda?? tidak pun dinda sedari begitu cepat masa berlalu...!! KANDA...kenapa ye kanda sayang & terpikat dgn dinda yang comel lagi berseri ni....{ nampak berseri2 muka sis qis bila emas di leher memantulkan cahayanya}
Kanda : wahai dinda yang ku sayang...kanda terpikat dengan dinda adalah kerana....~~~~~ermm
Dinda: kenapa ya kanda?? dinda nak tau ni...{ dengan mata membulat}
Kanda : nak kena bilang sama dinda jga ke ni??  { serba salahnya}
Dinda : CEPATLA kanda...kanda ni buat dinda geram..
Kanda:  baiklah dinda...lau dinda sudah memaksa kanda...kanda terpikat dengan muncung dinda tu...he3...
~~~~~~~~

Dinda: ye ke ?? { sambil malu2...}muncung bukan sebarang muncung...itulah penyeri wajah dinda lah kanda.

PART TWO ( ZAMAN MODEN )

Sayang: abg...ingt x lagi bila waktu kita bersama & warna menunjukkan persefahaman kita???
Hubby :  abg lupa la...{ sambil mengaruk2 janggut seciputnya tu}
Sayang : abang ni...smuanya lupa...lau makan tu abang tak lupa ye...sampai 2 periuk sayang kena masak tuk    abang sorang tau...{ merajuk dah...& keluar la muncung sis}

Hubby: alahai sayang...jangan merajuk...abang suka makan pun...sbb isteri abang ni adalah chef ONE tuk abang tau
Sayang : hehehe { senyum meleret}...lau dah puji...sayang suka la...nak minta tudung baru leh
Hubby : abang ingt lagi...warna banyak memainkan peranan dalam hidup kita...ni buktinya...suka x sayang??
Sayang : ingat pun...ada hijau...ungu...merah...hitam...semua sedondon...suka sangat tau
Hubby : suka warna je ke?? abang x suka?? { sambil menyakat }
Sayang : eeeee...{ cubitan naga pun hinggap di peha hubby}
abang....tapi kan, jangan la biar sayang sorang2 tau kat rumah...
Hubby: kenapa sayang??? ada apa?? jangan buat abang risau...pasang CCTV nak?? sewa je la CCTV...xpun kita pajak MY BABY dapat duit tuk beli CCTV...{hehehe}
Sayang : ala...wat lawak plak abang ni...nanti sayang sedih la lau tinggal kat umah sorg2...tgk muka sayang...jadi mcm ni la..
Sayang : tapi...kesimpulannya abang....inilah dia...


TAMAT
****************************************************************
UCAPAN

P/S: sis qis...zu copy pic dari blog sis tuk hasilkan entry khas tuk sis & hubby...jangan marah ye...lau marah & xsuka...gtau ye...takut plak kecikkan hati sis & hubby...minta maaf ye...sbb malam ni..terlebih rajin nak wat dialog...


Sunday, February 6, 2011

spread the love ♥ :)

Klik banner lau nak join...dan berpeluang menang hadiah yg amat zu suka...hehehe...shawl la..apa lagi..nak satu!!!

Giveaway by:


BELI BELAH ONLINE JE...

Boleh dikatakan ni hobi zu la...suka sangat beli barang online...yang selalu zu beli...tudung..wall sticker..baru2 ni...beli make up...hahaha...tapi sebelum beli tu, baik selidik dulu...takut jugak la kena tipu kan?? duit dah masuk barang xsampai plak..mmg nak kena ni...tapi sepanjang zu duk beli belah ON9 ni..xda la pun kena cam tu...syukur la...pe2 pun...selidik...cuba call...lau email pun,,,if sampai seminggu xbalas...xpayah duk layan dah...nnti parcel anda pun mgkin lambat cam dia layan kitaaaaaa.......

sekarang ni...zu duk tunggu parcel dari AYUNAR ...beli anak tudung, ada la dalam 3 helai je...ermm...xsabar...nanti zu publish dekat sini ye...apa yg zu beli tuuu


Friday, February 4, 2011

CONTEST TEKA BINTANG

Zu join contest ni..zu memang minat sangat lau contest kena teka @ kira2 ni...

jadi zu teka jumlah bintang 
179

Due : 5/02/2011

Contest by:

Thursday, February 3, 2011

BERJAYA CAPTURE LUCKY NO. 50505

50505
no ni la yg bertuah tuk zu...he3...dah seminggu zu tunggu tau kat blog KAK YONG...setiap hari pergi jalan2 kat blog KAK YONG, sambil duk tunggu no. hit counter KAK YONG bergerak...dan akhirnya...semalam...dari jam 10.00 malam zu tunggu...lepas tgk no. hit tu...tinggal dalam 18 lagi nak ke 50505...g mandi dulu...makan...tgk2..lum lagi sampai lucky no. tu...

kemudian...zu tgk ada dah orang duk online sama waktu tu..kat blog KAK YONG..dari zu sorang...jadi 6 orang...hahaha...berpeluh di buatnya nak kejar no bertuah ni...akhirnya..lepas tgh malam dapat jgk capture no. tu...tapi zu yakin...mesti ada lagi blogger lain yg dapat...tapi berbaloi...tunggu dari kul 10.00MALAM..


KAK YONG...zu nak sangat header...tgk la header zu yg kelakar ni...nak jgk sentuhan KAK YONG.

jom baca entry tentang ni...kat blog KAK YONG..{KLIK}

KENAPA TAK NAK BAYAR HUTANG???


Ni entry yg memang menikam jiwa...sape terasa pedas...ambik la...zu dah penat tau duk tanya..."bila nak bayar eik"...dgn budi bahasa ni..." a'ah nak bayar la...bak no. acc.."...bila bagi no.acc...sama jgk...still tak de buat apa2 pun...lepas tu...beberapa bulan lagi...zu tnya lagi " awak...zu nak guna duit la, awk ada duit x?" dia lak bagi alasan yg paling mantap la " awak...lau sya bagi cek kat awk xpe kan??"...

alahai...mengada & berlagaknya...duit tunai pun xmampu bagi...cek plak dah...
zu tunggu lagi..hari berganti hari...bulan berganti bulan...dah xtau bape kali dah tnya...byk alasan sungguh...sampai dah 4 TAHUN dah...still tertunggak lagi...alahai...dah keje bagus, xkan duit xde kut??? lainla...macam zu ni...duk tanam anggur lagi...tensennnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!



Tuesday, February 1, 2011

LOYA ANAK TEKAK KU!!!

ni lalat...sape xtau ni lalat...tak tau la nak kata apa..he3..
http://www.emocutez.com

bukanla nak cite sal lalat pun...tak salah pun lalat ni dalam blog zu ni...tapi zu nak cerita tentang para peniaga makanan yg di luar sana...if korang jual makanan...tolong la...ambil tahu sikit hal2 kebersihan ye??? dapur tu..biar bersih..para pekerja tu...tolong jaga kebersihan, ingatlah..anda tu nak sediakan makanan dekat orang...dah la kami bayar...tak kan nak ambil remeh je hal kebersihan....

APA KAITAN LALAT YE??

Ni apa yang zu nampak & alami la...suatu hari di hujung semenanjung malaysi...he2...tiba2 perut berasa lapar..nak bungkuskan la makanan bawak balik...tiba2 tertarik dengan satu kedai ni...nasi kandar, tapi melayu punya...bukan mamak tau...ramai gilerrrrrrr orang...dalam hati zu pun, terlintas...mungkin sedap kut...jalan la terkedek2 p kedai tu...berbaris panjang jugak la...tapi zu saja je potong line...JAHAT ke?? ha2 nakal je...potong line bukannya nak p beli nasi tu...tapi nak tgk lauk dalam almari makanan...nak panggil apa ye?? kabinet ke?? {yg ada kaca tu...yg senang customer nampak pe kita jual tu...}...

Nak dipendekkan cerita..dari jauh nmpak mcm biji2 itam...uishhh xkan la lada ada dlm ayam goreng...bila dekat...& dekat lagi.....uweekkkkk...LALAT la....aduihhhhhh...naik geli & loya anak tekak tgk...terlampau byk sgt lalat kat semua hidangan yg dipamerkan...tapi zu pelik, nape diorang still nak beli kat situ ...dah terang2 nampak LALAT duk menari2...pijak2 atas lauk...bayangkan la...kaki lalat tu..mcm2 ada...dah xsggup bayang pun!!!!...MEMANG TAK BELI & TAK PERGI DAH KEDAI TU...

JADI...para peniaga makanan...jika la...kawasan anda tu mmg banyak lalat...tolong cari solution, mcm kertas perangkap lalat or lampu yg mmg nak halau serangga jenis ni...ape nama ntah...smua zu xtau kan???he3..

p/s:  jangan salah tafsir dengan apa yg anda nampak...jika orang ramai pergi makan kat situ...xbermakna sedap...musykil sungguh smpai hari ni...diorang xkisah ke lalat tu...banyak mcm biji lada hitam di tabur2 je...uwekkk