KLIK SINI!!!

Monday, May 21, 2012

Rezeki yang lebih...jangan dibuang


Kenapa tetiba cakap tentang rezeki ni, balik dari usm hari tu...zu masakkan laksa...yela kena la buat, dah ayah teringin dan asyik tanya bila zu nak buat laksa...ok..buat la dengan manis muka, lau masam muka nanti...confirm tak sedap...kihkih..!! Biasa la lau dah masak laksa dekat rumah, kuah laksa mesti habis dulu...laksa pula masih berlebihan...takkan nak buang...JADI??? zu buat la laksa goreng....rasanya dekat Pangkor Island ada gerai jual laksa goreng kan?? lupa dah....


Laksa ni zu sertakan dengan udang gorengggggg....zu goreng laksa ni, macam buat nasi goreng je...janji tahap kepedasan...adalah tahap MAKSIMUM ok!!!



100 Tahun Nestle disisimu : Jom Sertai



Sempena 100 tahun Nestle disisimu, jom kita ramai-ramai sertai pertandingan ni, hadiah yang ditawarkan pun boleh tahan. Terbahagi kepada beberapa kategori...kalau anda rasa anda bijak mengarang dan menulis, maka buatla satu cerita yang terbaik anda bersama dengan Nestle...jika anda suka merakam video, ini juga satu peluang untuk anda untuk tunjuk kebolehan. Nak JOIN??  Klik gambar atas....


Thursday, March 8, 2012

Diet la sangat....


Selamat petang....pernah tak tiba-tiba anda terasa nak diet, mustahil la tak pernah...mesti pernah punya kan?? tapi jika rasa lapar juga...anda nak makan apa ye?? Mari kita cuba Pau Serat ni...ni bukan pau biasa, tapi ada serat...tengok betul gambar bawah ni...ada serat kan...yang ala-ala tompok coklat tu...ni zu makan dekat Anjung Semarak Cafe, USM...harga pau ni ikut jenis inti ye...zu cuba inti kacang dan inti daging...inti kacang sedap juga, inti daging tu...boleh la...hehe. 



Cakap tentang diet...zu tak diet pun...hehe....jadi tengok la menu...terlebih order lagi...ada nasi goreng cina...hahaha....ini cerita sudah lama tau, tahun lepas punya...sibuk je...tak sempat nak update ni...zu kesian kat blog zu ni...huhuhu....





Jantung Pisang Masak Lemak Cili Padi


nak resepi ke?? adehhh...malas betul nak taip ni...maaf  ye blog...lama dah tinggalkan kau bersawang, masa untuk blog tak de dah...sibuk sangat dah...!!! Jadi bila dah sibuk..mesti stress...bila dah stress....tiba-tiba timbul perasaan lapar sesangat...jadi zu minta mak masakkan jantung pisang ni....air tangan ibu...sedap ooo...chef wan pun kalah...!! Jom lunch...

* zie, frame tu dah lama siap...tapi so sorry, zu dah super busy sangat terkejar sana sini...zu akan cuba pos dalam waktu terdekat...


Friday, January 13, 2012

Baucer Buku 1MALAYSIA - RM200


RM200 ye....baucer bernilai RM200....best sangat!!! Pemberian Baucer Buku 1Malaysia dah mula berjalan dekat USM, dah ambil pun pagi tadi dengan tersengih-sengihnya....ingatkan untuk pelajar Ijazah Pertama je, nasib baik Postgraduate Student layak, Yipieee....Baucer ini untuk beli buku-buku rujukan dan alat tulis...fuhhh...!!! JIMAT RM200 kan?? al maklumla....buku-buku ilmiah bukannya murah...mencecah ratusan juga...!!! Disebabkan kami berempat (kekawan) terlalu happy, jadi dapat baucer terus snap...!!! 


SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BAUCER INI??

KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).


Ingin Maklumat Tambahan tetang Baucer ini?? SINI

*psssttt...baik semacam je kan gov ni?? ni mesti sebab nak dekat PILIHANRAYA kan?? elehhhh...macam la kiter tak tau....nak bodek ye?? kahkah...apa-apa pun...terima kasih kerajaan MALAYSIA!! sebab tu la, ramai orang kata...jika nak mohon apa2, masa dekat2 pilihanraya...CONFIRM akan dapat!!! boleh tak saya nak mohon jadi PM?? kihkih...