KLIK SINI!!!

Wednesday, January 4, 2012

(GAMBAR} Botanical Garden, Pulau Pinang


Pintu gerbang Botanical Garden aka Taman Botani, Taman ni sebenarnya dah wujud sejak 1884 lagi...dan merupakan tempat riadah, jika nak berjogging..memang best dekat sini..!!! Sejuk dan udara nyaman, sebab taman ni terletak di kaki bukit...
Jika anda naik bas rapid Penang sama ada dari Jetty atau Komtar, naik bas no. U102...terus je berhenti depan taman ni..last stop dia...tak sesat dah. ehemmm...rapid kena bayar komisen ni!!!

Pemandangan luar di Taman Botani Pulau Pinang

Kemudahan kepada pengguna, map kawasan tersedia untuk anda ye...



Binatang ni memang ada merata-rata...masa jalan2, tak payah la bawak makanan tau...huhu..nanti dia kejar..tak tahu...!!








Siapa yang minat Orkid...boleh beli dekat sini...baru teringin nak snap gambar...Tapi  TIDAK DIBENARKAN dalam kawasan ini ye??

Jika zu tak silap...nak naik ni, bayaran RM3.00 dikenakan...bawa keliling Botanical Garden, kiranya ada dua pilihan, sama ada nak jalan kaki atau naik benda ala-ala train ni...zu pilih jalan kaki...ronda-ronda dengan KERA!!! kihkih


WAKTU OPERASI : 5.00 AM - 8.00 PM SETIAP HARI

BAYARAN : PERCUMA

PENGANGKUTAN AWAM : RAPID U102 (RM2.00 dari KOMTAR/JETTY)
 Mahu lebih banyak maklumat?? 04-2270 428



1 comments:

SeputihSalju said...

ada jugak dtg penang tp tak prnah smpai sini...nnti blh la jln2 sini..


btw sy follow sini...