KLIK SINI!!!

Sunday, December 12, 2010

TIPS BERSOLEK

Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.

kat sini zu nak share beberapa tips ye...
1.“Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan,” 

2. “Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering,” 

TEKNIK BERSOLEK:
1. Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul.

2. Lau nak pakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang...penat je tempek2 tadi..dah hilang kan?

PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU ::::
Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak
Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah
Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai
Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.
Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata



0 comments: