KLIK SINI!!!

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Baucer Buku 1MALAYSIA - RM200


RM200 ye....baucer bernilai RM200....best sangat!!! Pemberian Baucer Buku 1Malaysia dah mula berjalan dekat USM, dah ambil pun pagi tadi dengan tersengih-sengihnya....ingatkan untuk pelajar Ijazah Pertama je, nasib baik Postgraduate Student layak, Yipieee....Baucer ini untuk beli buku-buku rujukan dan alat tulis...fuhhh...!!! JIMAT RM200 kan?? al maklumla....buku-buku ilmiah bukannya murah...mencecah ratusan juga...!!! Disebabkan kami berempat (kekawan) terlalu happy, jadi dapat baucer terus snap...!!! 


SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BAUCER INI??

KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).


Ingin Maklumat Tambahan tetang Baucer ini?? SINI

*psssttt...baik semacam je kan gov ni?? ni mesti sebab nak dekat PILIHANRAYA kan?? elehhhh...macam la kiter tak tau....nak bodek ye?? kahkah...apa-apa pun...terima kasih kerajaan MALAYSIA!! sebab tu la, ramai orang kata...jika nak mohon apa2, masa dekat2 pilihanraya...CONFIRM akan dapat!!! boleh tak saya nak mohon jadi PM?? kihkih...


Friday, December 16, 2011

Stress : Need VACATION!!

Adehhh...serius dah tahap blur melampau dah otak ni...
Assignment banyak...huhu...tu la, gatai ambil coursework lagi...kihkih...Start 5hb Januari dah final exam...
Tapi otak, perasaan, jiwa dan segala-galanya perlukan rehat....nak pergi bercuti, SEHARI pun jadi la...haha

Kawan di facebook pun alami benda sama " STRESS"...muncul pula tentang vacation dekat KRABI IsLand Thailand!! 
credit : google 


Krabi Attractions


Lama tak tengok pantai biru dan kehijauan macam ni...last dulu dekat sabah...huhu

Ada 10 Perkara yang WAJIB lakukan bila anda di KRABI >> SINI

* tapi esok...pergi family vacation dekat cameron highland...haha...berapa kali dah bertangguh, harap-harap mak sihat dari demam la ye...nak pergi bercuti ni...ok??

Wednesday, December 14, 2011

FREE Double Zinger Burger Combo eVoucher

KFC Malaysia is giving away limited time
FREE Double Zinger Burger Combo eVoucher

Simply download and print out the e-voucher,
and present this voucher at KFC store with ANY purchase,
and you’ll get a FREE Double Zinger Burger Combo
Terms and Conditions
  1. This coupon is only valid with any purchase
  2. Offer is valid until stock last
  3. Limited to one offer per coupon
  4. Not exchangeable for cash
  5. Only printed color and black & white are accepted for redemption
  6. Promotion is not valid during public holiday
  7. Not applicable with any other promotions and discounts
  8. Servings featured are for illustration purposes only
  9. Valid until 15 January 2012



Wednesday, August 24, 2011

Maaf..Tiada Kad Raya Untuk Anda

Maaf ye...sebelum ni zu ada buat Giveaway Kad Raya kan??
Zu batalkan ye...Tiada siapa pun akan dapat kad raya ketupat @ masjid.
Wahhhh...jahatnya ayat....ala, ni la usik-usik ramadhan...jangan risau...gimik semata-mata..

Semua kad dah selamat pos, yang selebihnya zu dah pos kelmarin...
Sempat ke tak sampai sebelum raya...tu zu tak pasti laaaaaaa....
Siapa dapat lepas raya...huhu....minta maaf ye...tapi raya kan sebulan?? ye tak??
Jangan la bila dah dapat tu..pergi buang pula...penat tu zu buat...maklumla, dah raya sakan..
Giveaway ni zu tak rancang pun....tiba2 je rasa nak bagi kad raya...tu jadi macam kelam kabut sikit...
Tahun depan...tolong ingatkan zu nak bagi kad raya awal-awal ye?? hehe...insyaallah jika ada rezeki dari zuneta card craft.

Blog tak update...tak BW langsung...haha..shawl untuk raya tak beli lagi, bag tangan ala-ala mak datin tak beli lagi..kasut tinggi untuk insan yang tak cukup tinggi ini pun...masih tak beli lagiiiii...KUIH RAYA?? jangan tanya lagiiiii....

* siapa tak dapat kad raya tu..nanti inform zu dekat email ye...




Tuesday, August 23, 2011

Pemilik Kad Raya Khas - Pemenang

Mula-mula...minta maaf ye, lambat nak umum ni...sibuk duk buat ketupat dan order customer...
Sekarang..zu beritahu ye, disebabkan ramai yang nak ketupat...jadi yang minta kad raya PELITA tak ramai sangat....ada 5 orang je...dah dua kali zu semak, harapnya betul ye..hanya 5 orang je minta kad raya PELITA yang rumit nak buat tu....

Tapi zu pilih 3 je tau...lau ikutkan nak bagi 5 orang....

1. IFA

TAHNIAH kepada 3 orang ni....sila bagi alamat dan nama penuh selewat-lewatnya hari ini...dapat lepas raya salahkan abang posmen..hehe. 

Yang lagi dua orang tu...nanti zu singgah blog...hehe...ada benda nak tanya sikit...takkan penat2 buat entry..zu tak nak bagi pe2 kan?? Tunggu...

Ada yang keliru ye....ni PEMENANG BAGI KAD INI

* Kad RAYA ketupat..zu dah pos dalam 20 lebih dah { zu mula pos hari sabtu & ahad lepas}...selebihnya...zu belum pos lagi...mungkin hari ini, ...dapat lepas raya..tak pe kan?? hehe...ada juga minta lepas due date, ok la...zu bagi juga...

Thursday, August 18, 2011

Tercari-cari Melinjau@ Binjau


Masih ingat Entry tentang zu masak buah binjau @ melinjau?? klik SINI untuk ingat balik. Ada juga yang tak pernah dengar tentang buah ni. Ya...pokok ni susah nak cari...dan buahnya susah nak dapat...!! Ada anonymous yang comment...tetiba rasa berguna pula entry zu yang lepas...haha...sebelum ni, orang asyik duk cari tentang PENANG HILL je...tu je keyword setiap hari zu dapat dari nuff. 


Berbalik kepada tajuk entry ya...Pokok dia memang susah nak jumpa, tinggal beberapa pokok je lagi dekat kampung belah ayah zu...nama kampung tu PERMATANG BINJAI, Penang {Mainland}...nama pun permatang binjai...jadi, of course la banyak pokok binjai...lagi satu area zu boleh jamin ada...bahagian Sungai Dua, Penang { Mainland}. Mak zu pernah cuba tanam 2-3 kali dekat Sg Petani, tapi dia tak nak hidup...sukar dan susah!! Khasiatnya buah ni..zu tak pasti la...nak kena google...pelik juga sebab orang nak buat kajian tentang dia ni....JOM GOOGLE...


* zu dah email orang bertanya ni..tapi dia jauh sangat la...if dekat, zu boleh tunjukkan pokoknya, memang tinggi..bayangkan la pokok tu ada sebelum zu lahir...hehe...zu lahir bila ye??? tak leh la g tau...pokok tu tinggil lagi dari pokok kelapa...leh bayangkan tak?? Tadi google, banyak juga khasiat buah ni...patutla susah nak dapat...sbb menurut kajian...pokok ni tumbuhan purba


Wednesday, August 3, 2011

Kenapa Penerbitan Buku ISLAM: EVIL IN THE NAME OF GOD diharamkan??


Buku " Islam Evil In The Name Of God " diharamkan di Malaysia, di mana pihak Kementerian Dalam Negeri { KDN } telah mewartakan perintah supaya penerbitan buku ini di hentikan. Kenapa sampai macam ni?? Isu apa yang di tulis sampai diharamkan?? 

1. Cerita berkaitan Nabi Muhammad dalam buku ini adalah palsu semata-semata, terutamanya perihal keperibadian baginda. 
2. Buku ini seolah-seolah satu agenda yang digunakan supaya kaum bukan islam membenci umat islam.

-Abdul Aziz Mohd Nor- Setiausaha Bahagian Kawalan & Penerbitan Teks Al-Quran.

Jadi sudah tahu, kenapa pengharaman buku ini dilakukan...memang wajar diberhentikan pengeluaran, penerbitan,cetakan buku macam ni...kerana, bukan sahaja boleh menganggu ketenteraman rakyat di Malaysia...takut juga, rosak akhlak umat islam dengan jalan penceritaan yang memang sah-sah palsu. Oleh itu..apa tindakan kerajaan?? Sesiapa yang cuba membuat cetakan atau penerbitan buku ini...akan di penjara tidak melebih 3 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya!!!! Jadi...teguhkan iman, kebalkan iman...dengan anasir-anasir yang nak merosakkan umat islam macam ni....go to hell...haha!!!  

credit : SINI

Saturday, July 30, 2011

Letak IKLAN PERCUMA DISINI SELAMA 10 JAM- Personal Blog,Blogshop dsbnya


Perasan tak dekat atas ni...ada box untuk letak iklan...PERCUMA!!!
YE!!! Its FREE...untuk 10 JAM!!!
Isi je apa sahaja...blog personal, bisnes dan sebagainya...jangan letak gambar yang bukan-bukan sudah!!!
Jika tidak...IKLAN anda akan di PADAM!!!
Caranya Senang je...



Klik pada kotak di atas tu, dah akan ada kotak macam atas ni keluar...anda isi sahaja URL web anda, untuk banner tu, anda copy sahaja URL image yang anda ada...dah siap isi, KLIK SIMPAN....dah SIAP!!!

Jika dah penuh...kena tunggu BOX kosong dulu...sekarang ni kosong lagi...baru je letak...hehe..






Friday, July 29, 2011

Penat Buat Ketupat!!! Ada orang nak beli tak??




Penat anyam ketupat dan pasang pelita ni...excited je kan zu ni..puasa belum lagi...fikir raya je...
Ala...bukan apa, ni semua permintaan customer zu...jadi disebabkan diorang...meresap juga dalam diri ni semangat nak berhari raya....nak tengok apa hasil handmade card zu ni??? Kena singgah la 





Thursday, July 28, 2011

Bagaimana Company besar dan gah ini dapat NAMA???

Pernah tak terfikir, macam mana dan bagaimana sesuatu nama syarikat atau company mendapat nama??
Nikon?? Canon ?? Nissan?? Nokia??Ada yang pelik je bunyinya, 
Memang dan jelas setiap nama yang gah...ada sejarahnya tersendiri....
Layan ye...

b496

b496

b496

b496

b496

b496

b496

b496

b496


b496



b496



b496


Saturday, July 16, 2011

GULA STEVIA untuk masakan dan minuman


Ada sesiapa berminat beli gula STEVIA??
Tak tahu apa itu STEVIA??


Daun STEVIA kering ada di jual....

Singgah ke blog SINI untuk maklumat lanjut tentang produk dan harga...TERBAIK untuk pesakit KENCING MANIS...



Saturday, July 9, 2011

Jom Pergi Perhimpunan Wangi...

Semua kalut dan sibuk tentang perhimpunan bersih...tak habis-habis dengan perhimpunan haram yang di canang sana sini...naik takut pun ada...!! Bersih apa pun tak tahu...jika buat perhimpunan membersihkan Kuala Lumpur tak pe la jugak kan?? Dari kita sertai perhimpunan Bersih 2.0 ini...jom kita pergi ke Putrajaya...lari sikit dari Kuala Lumpur yang kita tak tahu jadi apa pada hari ni...

Perhimpunan Wangi...hehe...memandai je kan zu letak nama...
mesti la wangi kan?? Tengok je la, temanya 

ROSES ARE FOREVER
Berminat nak pergi Putrajaya Flower and Garden Festival?? Baca je maklumat dekat banner atas...apa-apa pun, jauhkan diri anda dari benda yang tak berfaedah...mari segarkan otak dan minda dengan keharuman bunga...

Maklumat Lanjut : SINI