KLIK SINI!!!

Showing posts with label TIPS BERSOLEK. Show all posts
Showing posts with label TIPS BERSOLEK. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Rahsia kecantikan Anita Serawak...terbongkar

Siapa tak kenal anita serawak?? memang nak kena dush dush la tu lau tak kenal...
Umurnya dah mencecah 59 tahun...tapi rupanya tak menggambarkan usianya kan?? suka tengok pipi...betul ke suntik botox??

Biasalah artis...ada yang mengaku, ada yang tak mengaku kan?? Tapi apa sebenarnya diamalkan anita serawak untuk kekal cantik dan kulitnya kelihatan tegang...malah, bila lakukan persembahan....wow...memang mengagumkan bagi zu...tengok lincahnya macam orang muda...lau zu, mau semput tu...

Jadi apa petua kak nita ni ye?? kak nita panggilan mesra...kata dia tak guna botox...tapi mengamalkan kaedah laser scrub untuk rawatan kulit beliau...ye ke kak nita?? beratus-ratus sekali rawatan tu...huhu..orang banyak duit...boleh la ye kak nita...?? kak nita pun kata..tak payah beli krim mahal-mahal...dia hanya pakai krim olay je....

nak baca lebih lanjut tentang temubual kak nita??? KLIK

*aduh...lau pakai krim olay pun...yg laser scrub tu tak buat...mesti tak jadi pe2 kan??? zu sekarang ni...ada masalah warna kulit tak sekata...ada petua atau produk berkesan tak?? 



Wednesday, February 9, 2011

NATURACTOR FOUNDATION..

Sejak zu terjumpa produk ni..teringin lak nak beli...zu jumpa pun kat salah satu blog make up...mak andam kut, xingat lak pe blog dia...dia guna ni...tapi bila google...produk ni original dari JAPAN...tapi ada jgk dari CHINA...yang pening sekarang...mana satu yang original ye?? harga plak...bila zu google...paling tinggi zu jumpa RM60 LEBIH...paling murah...RM40...dan baru tadi terjumpa yang paling murah RM25...ishhhh...original ke tak ni?? dah murah sangat..jadi was-was plak nak order kan??? tapi bila zu kodek2 lagi dekat kawan2...alahai...ketinggalan dah rupanya zu ni...diorang dah pakai lama dah produk ni...& memang hasilnya menakjubkan...tapi original ke??? macam mana nak beza ori atau tiruan...hahaha...nak jugak satu...yang original??? ada x?? bak satu...

Naturactor merupakan keluaran Meiko, daripada Jepun - bedak yang berasaskan tumbuhan organik. Ia mengandungi ekstrak bunga sakura. Bunga sakura merupakan bunga yang boleh memberi kebaikan kepada kulit kita. Antaranya adalah :
  1. Membantu kulit menjadi lebih lembut
  2. Membantu menghidratkan kulit
  3. Mengurangkan masalah kulit ( Sesuai unttuk kulit berjerawat)

KELEBIHAN NATURACTOR???

- Anti kilauan/tidak berminyak-100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
- Tahan sehingga 12 jam
- Tidak menutup pori-pori
- Digunakan oleh makeup artis professional
 & mak andam
-Kulit terasa ringan, tidak melekit & kelihatan gebu!
-Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan,photoshoot dll

petikan dari : REDARIES


Wednesday, January 19, 2011

BULU MATA PALSU

dah lama rasanya xbagi tips berguna kan?? asyik duk merepek je memanjang!!!

BULU MATA PALSU...huhuhu...first time zu pakai, susah jgk la,,wat sendiri, tanpa tunjuk ajar,,lawak lak lau diingatkan...tgk org lain mcm sng je pakai kan??? xberat ke mata tu??
lau dah biasa...ok dah...rasa xlgkap hidup lau xpakai bulu mata palsu.!!

NAK KOngsi:
Sebenarnya bulu mata palsu ni boleh pakai sehingga 2 kali, yg penting jgn menariknya dgn terburu2...
mulakan dari hujung bahagian dlm mata. kemudian tarik ke arah luar!! sebaiknya bersihkan dulu sebelum dipakai kembali!!

CARA2 bersihkan bulu mata palsu!!
1. sediakan bekas yg diisi dgn air panas yg suam2 kuku...titiskan syampoo...2-3 titis je
2. rendamkan bulu mata tadi selam 2-3 jam, angkat dan bilas dgn air biasa
3. sisa2 gam pada bulu mata, blh dibersihkan dgn menggunakan minyak baby, dan bersihkan dgn span kering!


Sunday, December 12, 2010

KANTA LEKAP ( CONTACT LENS)

Post kali ni, zu nak share something yg betul2 berguna untuk sesiapa yg rajin guna KANTA LEKAP dan bersolek kat bahagian area mata...

1. jika anda memutuskan nak mengenakan kanta lekap, first kena la tgk mekap anda terlebih dahulu.
2. sebelum merias wajah kita ni, kenakan mata ngn kanta lekap terlebih dahulu.
3. gunakan bedak asas jenis cair...ala..mcm SILKY GIRL tu la lebih kurang..dan HINDARI bedak jenis padat..bukan apa, ni utk elakkan termasuk ke dalam mata.
4. elak guna pembayang mata yg mengandungi glitter ( yg berkilat2..) tkut serbuk tu masuk lam mata
5. lau diri anda dah biasa pakai EYELINER yg jenis liquid tu...sebaiknya ganti ngan eyeliner yg jenis pensil...kerana liquid eyeliner akan membuatkan mata anda pedih...tu mata zu la...xtau la mata anda ye?
                              
6. saat nak BERSIHKAN mekap, sebaiknya pilih pembersih bebas minyak...tapi INGAT..keluarkan kanta lekap dulu ye???

TIPS BERSOLEK

Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.

kat sini zu nak share beberapa tips ye...
1.“Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan,” 

2. “Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering,” 

TEKNIK BERSOLEK:
1. Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul.

2. Lau nak pakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang...penat je tempek2 tadi..dah hilang kan?

PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU ::::
Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak
Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah
Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai
Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.
Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata