Kenapa tetiba cakap tentang rezeki ni, balik dari usm hari tu...zu masakkan laksa...yela kena la buat, dah ayah teringin dan asyik tanya bila zu nak buat laksa...ok..buat la dengan manis muka, lau masam muka nanti...confirm tak sedap...kihkih..!! Biasa la lau dah masak laksa dekat rumah, kuah laksa mesti habis dulu...laksa pula masih berlebihan...takkan nak buang...JADI??? zu buat la laksa goreng....rasanya dekat Pangkor Island ada gerai jual laksa goreng kan?? lupa dah....
Laksa ni zu sertakan dengan udang gorengggggg....zu goreng laksa ni, macam buat nasi goreng je...janji tahap kepedasan...adalah tahap MAKSIMUM ok!!!
Sempena 100 tahun Nestle disisimu, jom kita ramai-ramai sertai pertandingan ni, hadiah yang ditawarkan pun boleh tahan. Terbahagi kepada beberapa kategori...kalau anda rasa anda bijak mengarang dan menulis, maka buatla satu cerita yang terbaik anda bersama dengan Nestle...jika anda suka merakam video, ini juga satu peluang untuk anda untuk tunjuk kebolehan. Nak JOIN?? Klik gambar atas....
Selamat petang....pernah tak tiba-tiba anda terasa nak diet, mustahil la tak pernah...mesti pernah punya kan?? tapi jika rasa lapar juga...anda nak makan apa ye?? Mari kita cuba Pau Serat ni...ni bukan pau biasa, tapi ada serat...tengok betul gambar bawah ni...ada serat kan...yang ala-ala tompok coklat tu...ni zu makan dekat Anjung Semarak Cafe, USM...harga pau ni ikut jenis inti ye...zu cuba inti kacang dan inti daging...inti kacang sedap juga, inti daging tu...boleh la...hehe.
Cakap tentang diet...zu tak diet pun...hehe....jadi tengok la menu...terlebih order lagi...ada nasi goreng cina...hahaha....ini cerita sudah lama tau, tahun lepas punya...sibuk je...tak sempat nak update ni...zu kesian kat blog zu ni...huhuhu....
nak resepi ke?? adehhh...malas betul nak taip ni...maaf ye blog...lama dah tinggalkan kau bersawang, masa untuk blog tak de dah...sibuk sangat dah...!!! Jadi bila dah sibuk..mesti stress...bila dah stress....tiba-tiba timbul perasaan lapar sesangat...jadi zu minta mak masakkan jantung pisang ni....air tangan ibu...sedap ooo...chef wan pun kalah...!! Jom lunch...
* zie, frame tu dah lama siap...tapi so sorry, zu dah super busy sangat terkejar sana sini...zu akan cuba pos dalam waktu terdekat...
RM200 ye....baucer bernilai RM200....best sangat!!! Pemberian Baucer Buku 1Malaysia dah mula berjalan dekat USM, dah ambil pun pagi tadi dengan tersengih-sengihnya....ingatkan untuk pelajar Ijazah Pertama je, nasib baik Postgraduate Student layak, Yipieee....Baucer ini untuk beli buku-buku rujukan dan alat tulis...fuhhh...!!! JIMAT RM200 kan?? al maklumla....buku-buku ilmiah bukannya murah...mencecah ratusan juga...!!! Disebabkan kami berempat (kekawan) terlalu happy, jadi dapat baucer terus snap...!!!
SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BAUCER INI??
KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
*psssttt...baik semacam je kan gov ni?? ni mesti sebab nak dekat PILIHANRAYA kan?? elehhhh...macam la kiter tak tau....nak bodek ye?? kahkah...apa-apa pun...terima kasih kerajaan MALAYSIA!! sebab tu la, ramai orang kata...jika nak mohon apa2, masa dekat2 pilihanraya...CONFIRM akan dapat!!! boleh tak saya nak mohon jadi PM?? kihkih...
Pintu gerbang Botanical Garden aka Taman Botani, Taman ni sebenarnya dah wujud sejak 1884 lagi...dan merupakan tempat riadah, jika nak berjogging..memang best dekat sini..!!! Sejuk dan udara nyaman, sebab taman ni terletak di kaki bukit...
Jika anda naik bas rapid Penang sama ada dari Jetty atau Komtar, naik bas no. U102...terus je berhenti depan taman ni..last stop dia...tak sesat dah. ehemmm...rapid kena bayar komisen ni!!!
Pemandangan luar di Taman Botani Pulau Pinang
Kemudahan kepada pengguna, map kawasan tersedia untuk anda ye...
Binatang ni memang ada merata-rata...masa jalan2, tak payah la bawak makanan tau...huhu..nanti dia kejar..tak tahu...!!
Siapa yang minat Orkid...boleh beli dekat sini...baru teringin nak snap gambar...Tapi TIDAK DIBENARKAN dalam kawasan ini ye??
Jika zu tak silap...nak naik ni, bayaran RM3.00 dikenakan...bawa keliling Botanical Garden, kiranya ada dua pilihan, sama ada nak jalan kaki atau naik benda ala-ala train ni...zu pilih jalan kaki...ronda-ronda dengan KERA!!! kihkih
WAKTU OPERASI : 5.00 AM - 8.00 PM SETIAP HARI
BAYARAN : PERCUMA
PENGANGKUTAN AWAM : RAPID U102 (RM2.00 dari KOMTAR/JETTY)
Adehhh...serius dah tahap blur melampau dah otak ni...
Assignment banyak...huhu...tu la, gatai ambil coursework lagi...kihkih...Start 5hb Januari dah final exam...
Tapi otak, perasaan, jiwa dan segala-galanya perlukan rehat....nak pergi bercuti, SEHARI pun jadi la...haha
Kawan di facebook pun alami benda sama " STRESS"...muncul pula tentang vacation dekat KRABI IsLand Thailand!!
credit : google
Lama tak tengok pantai biru dan kehijauan macam ni...last dulu dekat sabah...huhu
Ada 10 Perkara yang WAJIB lakukan bila anda di KRABI >> SINI
* tapi esok...pergi family vacation dekat cameron highland...haha...berapa kali dah bertangguh, harap-harap mak sihat dari demam la ye...nak pergi bercuti ni...ok??
PERHATIAN : Jika sesiapa memberikan anda borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mewajibkan anda memberikan nama/nombor akaun bank dan salinan buku bank.. sila abaikan kerana borang ini adalah PALSU !!!!! .. borang BR1M yang asal tidak mempunyai ruangan untuk mewajibkan anda mengisi segala informasi akaun bank anda.. tolong sebarkan
Jika sebelum ini, zu merungut tentang sistem POS LAJU yang tidak berapa nak laju...TAPI!!! kali ni masalah TM POINT pula, masalah bermula dari pertengahan bulan 11 lagi...gangguan talian tetap di rumah, tidak boleh buat panggilan masuk dan keluar...bila angkat je telefon operator kata " SILA JELASKAN BAYARAN ANDA dan bla bla bla...." PLEASEEEE....DAH BAYAR ye...!! Tak pernah dapat NOTIS kata tak bayar...tiap-tiap bulan pergi bayar...
Dipendekkan cerita...dekat 4-6 kali aduan di buat....melalui telefon dan ke TM Point Sungai Petani...tapi telefon masih tak boleh guna...dan sejak minggu ini, talian internet STREAMYX pula terganggu juga!!! APA KES??
Alasan terbaru " ADA KES CURI KABEL"...minggu depan elok...PASTI KE??
Assalammualaikum...hari ni dapat email dari CIMB BANK, pelik juga kenapa " Your Account Has Been Suspended" ...email tu ada dekat bawah ni...memang la semalam ada buat transaksi online guna CIMB Clicks...alaaa...dalam kepala, susah la nak shopping online macam ni....SEDIHHHH....
Tergerak hati nak KLIK link " CLICK HERE TO LOG IN"...tapi tak klik la...cuma letak cursor dekat situ...kita dah boleh nampak URL yang akan appear dekat bawah kiri kita...dan ini linknya
http://www.techloban.com/wp-admin/maint/cimb.html
Pautan link tersebut tak pun masuk ke MAIN CIMB CLICKs...fuhhh...
HASILNYA!!! akaun zu elok je...tak de suspended bagai ni.....ni semua unsur penipuan, tak pasal-pasal duit dalam akaun kita akan lesap if isi apa-apa maklumat dekat link yang diorang bagi tu...
Sudah jatuh cinta dengan lagu dari najwa mahiaddin ni....siapa tak kenal??
Meh kita layan lagu dia ni....cantikkkkk.....klip video dia...jatuh cintaaaa....oppps...dgn lagu dan video dia je...
Yahooo...Pesta Pulau Pinang dah nak mula...almaklum la...happy terlebih sebab sekarang duk USM dah dekat sangat dengan Sg Nibong, Pesta Pulau Pinang bermula 28 Nov- 1 Jan...dekat tempat biasa la, Tapak Pesta Sg Nibong.....sapa kata tak best?? best sangat....