Khairul Fahmi Che Mat dan Alia sudah putus tunang...Anda boleh ikuti temubual antara Metro Ahad dengan Apek. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya. Cuma apek jelaskan...tiada orang ketiga dalam hubungan mereka. Redha je la...dah tiada jodoh...kita je merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
credit : SINI