Tengok tak gerhana bulan?? zu tengok pun dalam pukul 2.00pagi...sampai kul 4.00 pagi...
Live streaming yang malaysia punya, tak berapa jelas sangat sewaktu dia nak oren kemerah-merah tu...tapi lau tengok Live Streaming Dubai...bentuk gerhana dia, lebih kurang macam malaysia...video lagi jelas!!
Petikan di ambil dari http://mymil.forums2u.com
atreyudevil wrote: |
Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi. Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra. Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia. Moon enters penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52 Moon enters umbra: 2011 Jun 16 02:22:24 Start of totality: 2011 Jun 16 03:21:57 Maximum eclipse: 2011 Jun 16 04:12:24 End of totality: 2011 Jun 16 05:02:50 Moon leaves umbra: 2011 Jun 16 06:02:22 Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02 Umbral magnitude: 1.705 Penumbral magnitude: 2.712 Duration of total phase: 1h 40m 52s Duration of umbral phase: 3h 39m 58s Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s |
Jadi semalam...zu tengok Live Streaming Malaysia dekat SINI
Live Streaming Dubai dekat SINI
ni yang zu Print Screen...tapi lau tengok real..dekat luar rumah...cantik sangat...subhanallah...nampak jelas tau...tapi lepas tu awn lindung dah kemerahan dia tu...
Yang atas ni...live Streaming dari Dubai...gambar ni...lagi jelas...credit http://eclipse.slooh.com/
Ni last gambar zu print screen { ni gerhana bulan Live Streaming dari Malaysia}
Masa ni...dah pukul 4.05 am...gerhana dah nak habis masa ni...nampak warna dia dah bertukar warna putih balik...{zu tak tidur lagiiii...} Solat Gerhana tak??
Sempena Gerhana Bulan...Google pun dah berubah tau malam tadi...jadi macam ni
*zu peminat tegar dunia sains..tambah-tambah jika bab planet...dan sewaktu dengannya...sampai tak tido lagi...dah pukul 4.09am sekarang...haha...zu tengok gerhana ni...dari kul 2 a.m tadi...tengok real dekat luar rumah...awan tak lindung sangat...syukur sangat...sebab mesti kecewa lau tak nampak depan mata sendiri....
0 comments:
Post a Comment