KLIK SINI!!!

Friday, January 13, 2012

Baucer Buku 1MALAYSIA - RM200


RM200 ye....baucer bernilai RM200....best sangat!!! Pemberian Baucer Buku 1Malaysia dah mula berjalan dekat USM, dah ambil pun pagi tadi dengan tersengih-sengihnya....ingatkan untuk pelajar Ijazah Pertama je, nasib baik Postgraduate Student layak, Yipieee....Baucer ini untuk beli buku-buku rujukan dan alat tulis...fuhhh...!!! JIMAT RM200 kan?? al maklumla....buku-buku ilmiah bukannya murah...mencecah ratusan juga...!!! Disebabkan kami berempat (kekawan) terlalu happy, jadi dapat baucer terus snap...!!! 


SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BAUCER INI??

KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).


Ingin Maklumat Tambahan tetang Baucer ini?? SINI

*psssttt...baik semacam je kan gov ni?? ni mesti sebab nak dekat PILIHANRAYA kan?? elehhhh...macam la kiter tak tau....nak bodek ye?? kahkah...apa-apa pun...terima kasih kerajaan MALAYSIA!! sebab tu la, ramai orang kata...jika nak mohon apa2, masa dekat2 pilihanraya...CONFIRM akan dapat!!! boleh tak saya nak mohon jadi PM?? kihkih...


Wednesday, January 4, 2012

(GAMBAR} Botanical Garden, Pulau Pinang


Pintu gerbang Botanical Garden aka Taman Botani, Taman ni sebenarnya dah wujud sejak 1884 lagi...dan merupakan tempat riadah, jika nak berjogging..memang best dekat sini..!!! Sejuk dan udara nyaman, sebab taman ni terletak di kaki bukit...
Jika anda naik bas rapid Penang sama ada dari Jetty atau Komtar, naik bas no. U102...terus je berhenti depan taman ni..last stop dia...tak sesat dah. ehemmm...rapid kena bayar komisen ni!!!

Pemandangan luar di Taman Botani Pulau Pinang

Kemudahan kepada pengguna, map kawasan tersedia untuk anda ye...



Binatang ni memang ada merata-rata...masa jalan2, tak payah la bawak makanan tau...huhu..nanti dia kejar..tak tahu...!!








Siapa yang minat Orkid...boleh beli dekat sini...baru teringin nak snap gambar...Tapi  TIDAK DIBENARKAN dalam kawasan ini ye??

Jika zu tak silap...nak naik ni, bayaran RM3.00 dikenakan...bawa keliling Botanical Garden, kiranya ada dua pilihan, sama ada nak jalan kaki atau naik benda ala-ala train ni...zu pilih jalan kaki...ronda-ronda dengan KERA!!! kihkih


WAKTU OPERASI : 5.00 AM - 8.00 PM SETIAP HARI

BAYARAN : PERCUMA

PENGANGKUTAN AWAM : RAPID U102 (RM2.00 dari KOMTAR/JETTY)
 Mahu lebih banyak maklumat?? 04-2270 428



Layannn....Single Terbaru Yuna

*click above picture for more detail

Anda peminat YUNA?? Jadila pengguna pertama untuk memuat turun Single Terbaru Yuna, secara eksklusif untuk pelanggan Maxis dan Hotlink!!!

Listen to the new song HERE
Be part of Yuna's new music video HERE