KLIK SINI!!!

Friday, June 3, 2011

{VIDEO } Jemaah Kolesterol TV3 slot cerekarama


Slot Cerekarama minggu ni akan paparkan cerita Jemaah Kolestrol, Jam 10.00 Malam 4.jun nanti...esok la tu...UIA ada berlakon ye...{Ungku Ismail Aziz} Mari kita lihat promo video...SELAMAT MENONTON , sebelum tu baca sinopsis sikit..

Sinopsis
Ustaz Mizan pulang ke tanah air setelah tamat belajar dalam bidang syariah di sebuah universiti di Jordan. Walaupun berkelulusan dalam bidang agama tapi dia amat mahir dalam komputer dan telah menggunakan blognya sebagai medium untuk berdakwah malah dia dapat banyak jemputan untuk berceramah.

Oleh kerana masih bujang, ustaz Mizan tinggal bersama dengan ibubapanya. Konflik timbul apabila seorang demi seorang AJK di surau tempat mereka meninggal akibat serangan jantung. Kematian yang berturut-turut ini menjadikan penduduk kampung kecoh apabila ramai yang mula membuat pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan tapak surau ‘panas’ kerana kononnya surau pernah jadi tapak tentera jepon memancung kepala tahanan dan ada yang menyatakan AJK tersebut telah disantau oleh orang yang tidak dikenali.


Sebenarnya...jemaah ni..kuat makan...jadi kerana terlalu "kuat makan"...maka seorang demi seorang meninggal dunia...tunggula malam esok ye lau nak tengok....




2 comments:

Anonymous said...

Lagu tema dia apa dia ek ?

zuneta said...

huhu...nanti tunggu zu wat entry post tentang cite ni ok??